Tentang Blog Ini

Blog ini dicipta untuk membuat perkongsian ilmu berkenaan hal-hal berkaitan Islam

Tentang Saya

Nama Mohd Khairul Anwar

Monday, June 14, 2010

Wujudkah Bidaah Hasanah?



Bidaah itu lebih berbahaya dari kemaksiatan kerana seseorang yang bermaksiat dia akan merasa takut dan melakukannya dengan sembunyi-sembunyi atau melarikan diri setelah berbuat, sedangkan pelaku bidaah berasa yakin bahawa dia berada dalam kebenaran.


Banyak alasan yang dipakai orang-orang untuk ‘menghalalkan’ perbuatan bidaah. Salah satunya, tidak semua bidaah itu buruk. Menurut mereka, bidaah ada pula yang baik (hasanah). Mereka pun memiliki dalil untuk mendukung pendapatnya tersebut. Bagaimana kita bersikap terhadap hal ini?

Di antara sebab-sebab tersebarnya bidaah di kalangan umat Islam adalah adanya keyakinan pada kebanyakan kaum Muslimin bahawa di dalam bidaah ini ada yang boleh diterima yang dinamakan bidaah hasanah. Pandangan ini bersandarkan dari pemahaman bahawa bidaah itu ada dua: hasanah (baik) dan sayyiah (buruk). Berikut ini kami paparkan apa yang diterangkan oleh Asy-Syaikh As-Suhaibani dalam kitab Al-Luma’: Bantahan terhadap Syubhat Pendapat yang Menyatakan Adanya Bidaah Hasanah.

Pemahaman Salah Terhadap Hadis

Syubhat pertama: Pemahaman mereka yang salah terhadap hadis:
“Barang siapa membuat satu sunnah (cara atau jalan) yang baik di dalam Islam maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya sesudahnya tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun. Dan barang siapa yang membuat satu sunnah yang buruk di dalam Islam, dia mendapat dosanya dan dosa orang-orang yang mengerjakannya sesudahnya tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.” (Sahih, HR. Muslim no. 1017).

Bantahannya Pertama: Sesungguhnya makna dari (barang siapa yang membuat satu sunnah) adalah menetapkan suatu amalan yang sifatnya tanfidz (pelaksanaan), bukan amalan tasyri’ (penetapan hukum). Maka yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah amalan yang ada. Makna ini ditunjukkan pula oleh sebab keluarnya hadis tuntunannya dalam Sunnah Rasulullah tersebut, iaitu sedekah yang disyariatkan.

Kedua: Rasul yang mengatakan: “Barang siapa yang membuat satu sunnah (cara atau jalan) yang baik di dalam Islam.” Adalah juga yang mengatakan: “Semua bidaah itu adalah sesat.”Dan tidak mungkin muncul dari Ash-Shadiqul Mashduq (Rasul yang benar suatu perkataan yang mendustakan ucapannya yang lain. Tidak mungkin sabda baginda saling bertentangan). Dengan alasan ini, maka tidak boleh kita mengambil satu hadis dan mempertentangkannya dengan hadis yang lain. Kerana sesungguhnya ini adalah seperti perbuatan orang yang beriman kepada sebahagian Al-Kitab tetapi kafir kepada sebahagian yang lain.

Ketiga: Bahawasanya Nabi mengatakan (barang siapa membuat sunnah) bukan mengatakan (barang siapa yang membuat bidaah). Juga mengatakan (dalam Islam). Sedangkan bidaah bukan dari ajaran Islam. Baginda juga mengatakan (yang baik). Dan perbuatan bidaah itu bukanlah sesuatu yang hasa- nah (baik). Tidak ada persamaan antara As Sunnah dan bidaah, kerana sunnah itu adalah jalan yang diikuti, sedangkan bidaah adalah perkara baru yang diada-adakan di dalam agama. Keempat: Tidak satu pun kita dapatkan keterangan yang dinukilkan dari salafus salih menyatakan bahawa mereka menafsirkan Sunnah Hasanah itu sebagai bidaah yang dibuat-buat sendiri oleh manusia.


Selanjutnya di dalam Majalah i keluaran Jun 2010

No comments:

Post a Comment